Anak Felda Sejak Sekolah Tak Pernah Straight A’s, Tapi Boleh Genggam PhD

Jangan jadikan aku inspirasi. Aku tidak layak untuk dijadikan inspirasi atau contoh.

Kita terus masukkan dalam diri kita semua, jadikan Rasulullah sebagai contoh teladan. Rasulullah sebaik2 contoh. Pahala pun dapat . Nanti pun baginda yang akan bagi syafaat pada kita. So jangan bazirkan masa jadikan orang lain sebagai idola atau sebagai contoh.

Aku cuma nak share, aku ni bukan lah pelajar cemerlang. Bukan pelajar straight A’s pun dari UPSR lagi sampai lah SPM. aku pun bukan pelajar yang selalu dapat nombor 1,2,3. Masa sekolah rendah tak pernah rasa pun nombor-nombor itu.

Sekolah menengah dapatlah merasa nombor satu itupun aku diletakkan di kelas agak belakang. Bila form 4 n form 5 dikumpulkan di dalam kelas yang agak pandai2 lah budak2 nya aku tak rasa pun nombor sa. Hahaha. Dua tiga orang jer lagi aku nak dapat nombor last . Hihihi.

Ayah aku peneroka felda. Masa tuh pokok getah. Mak aku kerja kilang tolong2 ayah aku. Aku pun masa belum boleh kerja kilang, tolong ayah aku menoreh. Aku tolong kumpul susu getah. Dan pernah jugak tau bawak ojol / getah skrap ke PMG. Pernah terjatuh tergolek2 getah skrap nya di jalan tau masa aku bawak pakai motor gi PMG. Siap masa tu aku terpikir macam ni , kalau result SPM aku nanti cemerlang, gemilang, terbilang, aku nak citer benda alah ni. Hihihi
Sekali Allah bagi aku PhD.

Aku pun bersekolah di sekolah harian biasa. Yang tiada asrama pun. Balik hari.

Bila aku pergi seminar masa buat PhD, aku duk sebaris ngan budak2 yang dari MRSM , asrama penuh, sekolah swasta rasa macam boleh jer duduk dalam ni, yang penting rajin.hihihi

Boleh dikatakan kawan2 aku masa buat PhD nih mereka anak2 penjawat awam dan pekerja² swasta yang berjawatan tinggi jugok lah. Dan aku ni selalu jugak lah menjadi rujukan mereka. Ntah kenapa? Muka macam tok tie kot.Hihihi.

Walaupun sekarang nih aku tak pegang apa2 jawatan , tapi aku merasakan Allah sedang memakbulkan doa2 aku masa aku kecik. Dulu masa aku kecik balik sekolah kalau mak aku tak ada sebab kerja, memang rasa tak best. Rasa lemah jer badan. Dalam hati, kan best balik dari sekolah dah terhidang makanan.

Bila aku fikir balik benda yang aku nak masa kecik2 tuh jadi kat anak2 aku. So far sejak anak sulung aku darjah satu, aku lah yang uruskan mereka. Sampai lah sekarang. Tiada yang manis bagi seorang ibu itu bila anak2 nya dapat yang terbaik. Allah bagi yang terbaik ke aku melalui anak2 ku. Itu lah sebenonya yang ibu2 nak kan? Baik untuk anak baik lah untuk ibunya. Anak gembira ibu lagi gembira.

Teringat aku masa degree, seorang pensyarah wanita pernah cakap macam ni: mak saya dah berjaya. Besarkan saya sampai ada PhD. Anak2 saya bagaimana? Saya ni belum lah boleh kata berjaya. Sebab tak tahu anak2 saya macam mana? sampai mana dia boleh pergi?

Memang benda tuh teringat2 sampai la ni…

Sambungan next episode kat novel coming soon kalau ada lah. Harap harap ada. Amin. Fefeling tuh pun doa kan. Hihihi.

Siti Balkis Bari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s